Assalamualaikum...
Ramai bertungkus lumus berusaha mencari formula untuk mencapai kestabilan kewangan.Berapa jumlahnya????Apa jumlah yang anda rasakan baru stabil kewangan anda?3k, 30k.... 300k.... 3 juta....????8 langkah untuk kestabilan kewangan untuk anda fikir2kan...
LANGKAH 1: BERMULA DENGAN IMPIANSentiasa fikirkan positif yang anda mampu dan telah mencapai kestabilan kewangan. Sentiasa fikirkan perasaan bagaimana perasaan indah berada dalam kestabilan kewangan. Kerana apabila anda positif, segala yang positif akan hadir kepada anda. Apa yang anda fikirkan, angankan adalah doa. Sekiranya ada suara kecil menghalang impian anda, cepat2 petik jari anda dan switch pemikiran negatif anda kepada positif. Menukar mindset negatif kepada positif.... Susah la nak capai, banyak sangat halangan............. kepada ..... aku mesti capai supaya aku boleh senangkan ibu bapa, isteri@suami dan anak2..... supaya boleh aku banyak buat amal jariah dengan kekayaan yang ada.
LANGKAH 2: TETAPKAN MATLAMAT3k sebulan dalam 1 tahun?30k sebulan dalam 1 tahun?300k sebulan dalam 1 tahun?Tetapkan matlamat anda sejelas-jelasnya. Ke mana hala tuju anda?Tulis dan tampal di tempat yang anda sentiasa dapat lihat matlamat anda. Seperti mana kita ingin melepaskan anak panah, kita mesti tahu target kita, mesti tahu matlamat kita. Matlamat hendaklah logik dengan fikiran. RM1 juta dalam setahun? tak logik.... mungkin 10 tahun baru boleh capai...
LANGKAH 3: RANGKA STRATEGIDengan hanya meletakkan matlamat dan tampal besar2 di rumah, lepastu mengangkang tak buat apa, serupa mat angan-angan mat jenin. Impian dan matlamat hanya angan-angan. Rangka strategi anda untuk mencapai matlamat anda. Perancangan masa pendek dan masa panjang. Buat time frame, mana yang dahulu didahulukan, mana yang kemudian di kemudiankan. Sekali sekala kaji semula strategi anda sama ada on track atau tidak. Mungkin ada yang perlu anda langkau, dan mempercepatkan proses mencapai matlamat.
LANGKAH 4: PENGETAHUAN DAN ILMUINCOME anda rm30 sehari..... itu nilai pengetahuan anda, Anda hanya mampu buat duit RM30 sehari... Ada orang mempunyai pengetahuan untuk buat RM1000 sehari. Berapa yang anda mahu sehari INCOME anda, cari orang yang buat INCOME tu dan belajar, Timba ilmu darinya. Tambah pengetahuan mengenai bidang yang anda suka. Peruntukkan 30 minit untuk membaca dan tambah ilmu berkaitan bidang anda. Bila anda dah tahu banyak perkara berkaitan bidang anda suka, banyak masalah anda boleh selesaikan. Banyak peluang yang anda akan jumpa dan BERTINDAK cepat merebut peluang tersebut.
LANGKAH 5: MULAKAN PERNIAGAAN.9/10 kekayaan adalah dari perniagaan. sahabat2 Rasulullah yang dijanjikan syurga adalah orang yang mempunyai perniagaan dan memperolehi kekayaan dari peniagaan dan banyak mendermakan kekayaan mereka ke jalan Allah. Anda bekerja 8-5..... Jangan risau, anda boleh gunakan masa tersebut untuk berniaga jika anda tahu caranya. Itu kepentingan ILMU... Jika anda tidak dapat mulakan perniagaan full time, mulakan sebagai part time. Ramai mereka yang berjaya sekarang masih bekerja 8-5 dan buat perniagaan secara part time. Terdapat pelbagai perniagaan di Malaysia yang boleh anda lakukan. Tetapi berhati-hati dengan perniagaan yang menjerumuskan anda kepada penyelewengan serta skim-skim cepat kaya. Buat kajian berkaitan perniagaan tersebut, margin profitnya, komisyennya dan golongan sasaran perniagaan tersebut.
LANGKAH 6: PENGURUSAN KEWANGAN.Pengurusan kewangan menentukan kekayaan anda. INCOME banyak tidak menentukan kekayaan anda. Berapa yang anda mampu simpan adalah kekayaan anda. Si A income RM 30 000 sebulan, tapi sebulan terpaksa mengeluarkan membelanjakan RM25 000 untuk diri dan keluarga belum tentu dapat mencapai kestabilan kewangan. Si B income rm3500 sebulan tapi menyimpan RM1000 sebulan secara konsistan dan melabur simpanan di ASB atau menyimpan Emas. Melabur secara konsistan akan mempercepatkan anda untuk mencapai matlamat anda. Ilmu pelaburan perlu dicari supaya anda tidak tertipu dengan pelaburan yang anda buat. Ramai yang tidak mampu menguruskan kewangan mereka sehinggakan terdapat banyak kebocoran kewangan. Duit yang keluar lebih dari duit masuk. Ketahui apa itu kehendak, apa itu kemahuan. Apa itu aset dan apa itu liabiliti. Bila boleh kita menggunakan dan membelanjakan duit kita. Dari income aktif atau dari income pasif.
LANGKAH 7: LAKUKAN APA YANG ANDA SUKA Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario \”the grass is greener on the other side\” sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.
Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!
LANGKAH 8:MEMUDAHKAN ORANG LAIN, BERKONGSI KEBAHAGIAANDengan apa yang kita lakukan, hendaklah kita pastikan ianya untuk kesenangan orang lain juga. Jika kita berniaga untuk kepentingan peribadi, kita takkan kemana-mana. Sekiranya kita berniaga untuk diri dan memudahkan orang sekeliling kita, Insya ALLAH akan dipermudahkan segala urusan dan ditambahkan rezeki. Lagi banyak kita berbuat baik, amal jariah, lagi banyak ALLAH tambahkan untuk kita.
PELUANG BERNIAGA MODAL KECIL
No comments:
Post a Comment